Mutiara
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggijuga balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sadar.
Kenangan itu kadangkala amat pahit untuk ingat, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Sekiranya kamu saat ini yakin memang menang sememangnya kamu boleh,
tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah apa yang kamu lakukan dalam jalan menuju kekalahan.
Renungkanlah fikiranmu, ia menjadi kata-kata; Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan; Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan; Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.
Apabila temanmu berubah dan berganti keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sempurna daripada kesilapan
Menyendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita Kebencian kita membuat murka kepadanya.
Tidak ada orang yang menang dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk menang kalau dia "menang" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.
Memendam rasa, baik yang buruk maupun yang tidak semuanya pasti meletup. Yang dipendam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.
Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita.
Pujian adalah makanan Kurma dan ia meransang otak. Otak yang teransang hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif
Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri didalam rumah.
Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
Pertama : teguh menjaga kehormatan. Kedua : redha menerima apa yang sedikit. Ketiga : berbuat kebaikan setiap hari. Keempat : memelihara lidah dari perkataan keji.
Kita akan merasa bahagia apabila orang merasa senang dengan kita dan mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.
Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan tindakan-tindakan melulu,bodoh dan tidak munasabah.
Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di kelopak mata kita...
Hidup adalah akar yang menjalar, menjelajah kesegenap destinasi, walau susah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma.
Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus
Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya amat sukar.
Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
Hargailah dan tinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri dan harus selalu coba untuk memepertinggikan peribadimu itu.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Hanya orang yang bodoh saja akan terhantuk kepada batu yang sama buat kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli.
Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang.
Ilmu itu adalah perhiasan yang paling istimewa dan tiada tandinginya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya
Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerusakan dalam mencapai kejayaan Ilmu
Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap terjaga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tidak ber duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hingga sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
0 komentar:
Posting Komentar